img-bg

Ekspres Perdana

Search Bus Ticket Online

Ekspres Perdana

Pandangan Dalam Bas Ekspres Perdana

Perkhidmatan Bas Ekspres Perdana di Kelantan

Ekspres Perdana adalah salah satu pengusaha bas utama yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia khususnya bagi mereka yang berasal dari negeri-negeri pantai timur Malaysia. Mereka khususnya menyediakan perkhidmatan bas ekspres ke dan dari Kelantan. Syarikat bas Ekspres Perdana berpusat di Kota Bharu dan namanya terkenal terutamanya dalam kalangan orang Kelantan.

Laluan Bas Popular Ekspres Perdana

Laluan Bas Bas Pertama Bas Terakhir Harga Tiket
Kuala Lumpur ke Kota Bharu 09:00 22:00 RM 44.00 Tempah
Kota Bharu ke Kuala Lumpur 09:00 22:00 RM 44.00 Tempah
Kuala Lumpur ke Kuala Besut 09:45 22:00 RM 44.00 Tempah
Kuantan ke Kota Bharu 09:30 23:00 RM 35.00 Tempah
Kuala Lumpur ke Jerteh 09:45 22:00 RM 44.00 Tempah

Mengapa Pilih Ekspres Perdana?

Terdapat pelbagai faktor mengapa ramai yang memilih Ekspres Perdana. Selain menyediakan perkhidmatan bas yang komprehensif di seluruh Malaysia, Ekspres Perdana juga menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan menepati masa. Mereka sentiasa mengutamakan perjalanan yang selesa kepada para penumpang. Bas ekspres yang mereka gunakan adalah bas dua dek dengan jumlah 45 tempat duduk, diatur dalam susunan 2 + 1 bagi setiap baris. Bas-bas ini lengkap dengan penghawa dingin dan tempat duduk yang luas untuk memastikan perjalanan yang selamat dan selesa untuk anda.

Laluan Bas Yang Lain Oleh Ekspres Perdana

Perkhidmatan bas yang ditawarkan oleh Ekspres Perdana meliputi banyak kawasan dari pelbagai negeri di Malaysia. Ini memberi kemudahan terutamanya kepada penduduk tempatan yang bekerja atau belajar di negeri lain untuk berulang-alik dari kampung halaman mereka. Semasa cuti umum, jualan tiket bas Ekspres Perdana sangat laris. Sekiranya lambat dibeli, sesetengah mungkin perlu mencari pilihan pengangkutan lain untuk kembali ke kampung halaman mereka.

Salah satu laluan bas popular adalah bas dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan bas dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Terdapat 10 perjalanan setiap hari untuk laluan ini. Bas pertama bermula dari pukul 9:45 pagi dan bas terakhir pada 10:00 malam. Oleh itu, penumpang boleh memilih masa yang sesuai untuk perjalanan mereka kerana mereka mempunyai banyak pilihan untuk dipilih. Tempat naik dan ketibaan bas di Kuala Lumpur berada di TBS. Untuk Kota Bharu, tempat naik dan ketibaan bas adalah di Terminal Bas Kota Bharu.

Selain daripada laluan ini, terdapat banyak lagi laluan yang disediakan oleh Ekspres Perdana seperti dari Butterworth, Ipoh dan Kuantan ke Kota Bharu. Anda boleh semak jadual perjalanan dan harga tiket bas Ekspres Perdana secara online di BusOnlineTicket.com.

Tiket bas Ekspres Perdana kini dibuka untuk tempahan online di BusOnlineTicket.com. Tempah tiket anda sekarang!